Friday, June 5, 2015

RINTIHAN TUN MAHATHIR MUNGKIN SAMA DENGAN RINTIHN ANWAR

Tun Mahathir dalam artikelnya berjodol, ‘Legacy’ bertarikh 5 Jun 2015 telah mencurahkan kekecewaannya terhadap sikap seorang ‘rakan baik’ pada suatu ketika dahulu yang kini telah menjadi ‘musuh’ yang berusaha untuk memburuk-burukan peribadi beliau demi untuk menghancur-luluhkan ‘legacy’ beliau.

            Kata Tun Mahathir, “He kept on urging me not to “attack” the PM. I explained why I am doing so. But he persisted in urging me to desist from my efforts at questioning the leadership regarding the current financial scandal…..He warned that if I continue I would lose my legacy. I told him what people think of my legacy, if there is any, is not important. I am concerned at what is happening in the country. Our good reputation is being eroded”

            Rakyat Malysia bertuah dapat memiliki seorang pemimpin yang bersikap seperti Tun Mahahir. Sudah tidak ramai pemimpin kita kini yang bersikap demikian. Lihat sahajalah apa yang berlaku di hadapan mata kita kini bagaiman sikap dan tindakan yang dilakukan oleh kebanyakan pemimpin kita yang sepatutnya mempertahankan rakyat tetapi sebaliknya menyembunykan  sesuatu dari pengetahuan rakyat.  Rakyat umum dilihat sebagai musuh mereka. Semacam mereka lebih mementingkan ‘perut’ sendiri dari mementingkan kepentingan rakyat yang diwakili mereka.

            Tersasar ke arah lain pula coretan ini. Sebenarnya aku bersimpati dengan kekecewaan Tun Mahathir yang ‘ditinggalkan’ oleh kawan baik yang pernah ditolong dan dibantunya ketika rakan berkenaan dalam kesusahan.

            Keadaan sedemikian juga pernah berlaku kepada Saudara Anwar Ibrahim pada tahun 1998 ketika beliau ‘dihina’ dan dilucutkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Aku telah melihat sendiri dengan mata kepala aku bagaimana beliau ditinggalkan oleh rakan-rakan rapat yang kononya sanggup ‘sehidup semati’ ketika beliau berkuasa. Betul kata peribahasa Melayu, ‘ rakan ketawa ramai tetapi rakan menangis tidak ada’. Betul dan tepat peribahasa Melayu peninggalan orang tua-tua kita.

            Masih terbayang di mata aku tentang suasana keakraban para pemimpin yang menggotai kabinet kini dengan Saudara Anwar Ibrahim ketika itu. Hampir kesemuanya yang bergelar menteri kini ‘rapat’ dengan Saudara Anwar Ibrahim. Tidak perlulah disebut satu persatu. Cukup sekadar untuk aku mengatakan ‘hampir kesemuanya’. Golongan sedemikianlah yang sentiasa ‘mencium tangan’ Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.

            Namun apabila beliau ‘dimalu’ dan dilucutkan semua jawatannya, mereka ‘lari bertempiaran’ meninggalkan Anwar hampir keseorangan. Anwar Ibrahim tidak menangis dan tidak merintih. Secara lahirnya begitulah. Tetapi mungkin Anwar Ibrahim merintih ketika bersama YB DS Wan Azizah. seorang sahabat dan isteri yang terus berkekalan sehingga kini dalam keadaan ‘sehidup semati’.

            Sudah begitu agaknya lumrah dunia Tun. Dan mungkin juga DS Najib sedang memikirkan keadaan sedemikian yang mungkin berlaku ke atas dirinya.

            Entah esok entah lusa……..

abuhassanadam
5 Jun 2015



No comments:

Post a Comment