Tuesday, July 1, 2014

PEMBERHENTIAN Prof. RIDZUAN OSMAN SATU MALAPETAKA BESAR MENIMPA KEINTELEKTUALAN NEGARA

Pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Datuk Dr Redzuan diarah meletak jawatan. Ini  ‘cerita’ besar yang  boleh menggemparkan negara. Banyak kesan dan implikasi yang boleh ditimbulkan ekoran daripada tindakan yang sebegini. Banyak persoalan yang tidak terjawab yang juga boleh timbul ekoran daripada peristiwa demikian.

Pemberhentian Prof. Datuk Dr. Ridzuan ini memberikan gambaran kepada masyarakt bahawa sesiapa sahaja tokoh akademik yang tidak selari dan sependapat dengan pihak kerajaan akan ‘digugurkan’ dari jawatan. Bermakna juga bahawa professor yang tinggal dan masih berkhidmat di university Malaya khususnya dan di university lain amnya adalah terdiri dari mereka yang semestinya menyokong kerajaan walaupun secara ‘membabi buta’. Sekiranya ingkar maka nasib mereka adalah sama dengan nasib Prof Ridzuan. Mungkin begitu anggapan masyarakat kini.

Mengikut Dato’ Saifuddin Abdullah yang juga telah meletakkan jawatan sebagai felo penyelidik kanan Universiti Malaya (UM) bahawa Dr Redzuan diminta berbuat demikian kerana kajian yang dilakukan tidak disukai Kementerian Pendidikan. Selanjutnya beliau menyatakan bahawa, "Beberapa bulan lepas, naib canselor UM itu ditemui oleh beberapa pegawai Kementerian Pendidikan yang menasihatkan agar Redzuan meletakkan jawatan," kata beliau kepada Malaysiakini.

Ini boleh dianggap sebagai satu malapetaka besar yang menimpa bidang kenintelektualan negara, yang membolehkan seluruh keluarga university terpanggil untuk menyatakan sesuatu mengenai tindakan yang telah dilakukan oleh pegawai kementerian pendidikan bekenaan. Amat tidak wajar pegawai berkenaan melakukan tindakan sedemikian yang pada pendapat ramai telah melakukan ‘saya yang menurut perintah’ secara membabi buta. Apakah pegawai berkenaan tidak langsung memikirkan kesan dan akibat daripada tindakannya itu? Dan yang lebih penting lagi bahawa tidakkah piak yang mengarahkan pegawai berkenaan juga memikirkan lebih juah tentang tindakan yang dilakukan itu.

Yang menyedihkan kita lagi ialah pihak tertentu telah menunjukkan ‘kehebatan’ pada tempat yang salah. Sepatutnya phak Kementerian Pelajaran menunjukkan kehebatan mereka meletakkan University Malaya di tempat yang ke 10 teratas sebagai university terbaik di rantau Asia yang boleh setanding dengan University Tokyo atau National University of Singapore atau University of Hong Kong. Sepatutnya begitu. Apatah lagi apabila mengenangkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendapat peruntukan sebanyak  RM 38.7 billion pada tahun 2013 dan pada tahun 2014 telah memperolehi peruntukan sebanyak RM 54 billion. Itu sudah merupakan peruntukan yang cukup besar sedangkan hasilnya tidak ada sebuah university pun di negara ini yang dapat meletakkan diri di tempat 100 teratas ranking university di Asia. Tentulah amat malang sekali. University Kebangsaan Malaysia yang menduduki tangga ke 87 pada tahun lepas telah ‘terjatuh’ entah di mana sehingga tidak tercatat dalam senarai penarafan unviversity itu. Ini merupakan malapetaka yang menimpa bidang pendidikan negara.

Kini timbul pula satu malapetaka lagi ciptaan sendiri.Rakyat tentu akan bertanya. Siapakah yang bersalah dalam hal ini. Pihak University atau pihak kerajaan. Dan ekoran daripada peristiwa pemberhentian (pemecatan) Prof Ridzuan itu jelas menampakkan bahawa kita menunjukkan ‘kehebatan’ kita di tempat yang salah.

Keadaan di Malaysia kini sudah seakan-akan menjadi keadaan yang berlaku apabila Singapura dilanggar todak dan kaitannya dengan kisah pembunuhan Hang Nadim. Seolah-olah negara kita akan ‘membunuh’ siapa sahaja yang dianggap pintar dan berkata benar dan akan memuja ‘tokoh-tokoh’ yang boleh bertindak ‘ganas’ memecah masuk Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ataupun ‘tokoh-tokoh’ yang boleh memijak kepala lembu di hadapan bangunan kerajaan di Selangor. Mungkinkah begitu pilihan pemerintah yang ada sekarang.

Aku setuju dengan kenyataan Saudara Azmi Sharom selaku Presiden Universiti Malaya's Academic Staff Union (PKAUM) apabila beliau menyatakan bahawa,’It is wholly "unacceptable" if Umcedel director Redzuan Othman was asked to leave his post because of interference from the Education Ministry……If Prof Redzuan were to be removed, it has to be purely on academic reasons. Any other reason, especially if it comes from outside the university, is an unacceptable intervention,….This indicates that the government has no idea what makes a good university, it has no respect for academic autonomy and freedom."

Dan sekiranya dilihat kenyataan YB Lim Kit Siang pula menampakkan satu kenyataan yang agak keras apabila beliau mempersoalkan, "What has Muhyiddin to show in more than a year as the powerful Education Minister gobbling up  the former Ministry of Higher Education, in the field of tertiary education apart from the latest disgraceful episode of interference with and violation of academic freedom resulting in the resignations of Redzuan and Saifuddin from the University of Malaya?"

Tidak mampu aku mengulas kenyataan YB Lim Kit Siang itu kerana aku takut mati tersepit antara dua ‘ekor gajah’ yang sedang bertempur. Sebagai seekor ‘pelanduk’ aku taku mati terhimpit. Cuma aku dapat paparkan keadaan di Korea dan Jepun sekiranya berlaku keadaan ‘malapetaka’ sebegini. Pihak yang bertanggungjawab akan meletakkan jawatan ataupun membunuh diri.

Tidak berapa lama dulu kita telah mendengar kisah ferry karam yang menyebabkan begitu ramai kanak-kanak sekolah di Korea tidak dapat diselamatkan. Ekoran daripada peristiwa itu Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri. Kenyataan beliau berkaitan dengan peletakan jawatan itu amat menarik sekali.

"As I saw grieving families suffering with the pain of losing their loved ones and the sadness and resentment of the public, I thought I should take all responsibility as prime minister….I offer my apology for having been unable to prevent this accident from happening and unable to properly respond to it afterwards…I believed I, as the prime minister, certainly had to take responsibility and resign."

Kerana bersikap sedemikian rupalah agaknya bangsa Korea dan Jepun begitu maju dalam apa juag tindakan yang mereka lakukan. Bukan sahaja dalam lapangan pendidikan tetapi dalam lapangan bola sepak juga. Kini kedua-dua negara ini telah menyertai pertandingan bola sepak dunia sedangkan pada tahun-tahun 1970an dulu, kedua-dua negara ini pernah ditewaskan oleh Malaysia.

Rakyat Malaysia harus berfikir dan bukan bertindak membabi buta…

abuhassanadam
1 Julai 2014



No comments:

Post a Comment