Monday, June 23, 2014

KENYATAAN  MENTERI PENDIDIKAN: SEOLAH-OLAH MEMBELAKANGKAN PENYATA RAZAK

YB DS Idris Jusuh selaku Menteri Pelajaran Malaysia berkata,’ "I can bet next year or the year after, you are going see more kids from private to public schools,”. Beliau berkata demikian dalam program ‘The Breakfast Grille’( Malaysian Insider 22 Jun 2014). Keadaan ini berlaku ekoran daripada beberapa pembaharuan yang diperkenalkan oleh kementerian Pelajaran dalam usahanya untuk memajukan pendidikan negara disamping ‘memanggil pulang’ semula ‘penghijrahan’ yang agak ramai pelajar-pelajar kita ke sekolah-sekolah swasta dan sekolah-sekolah antarabangsa.
Dan antara perubahan dan pembaharuan yang akan diperkenalkan ialah mengembalikan ‘keagungan’ dan kepentingan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kerajaan yang dirasakan agak ketinggalan. Seiring dengan hasrat itu, akan diadakan juga program-program untuk memberikan latihan semula kepada guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah. Disamping itu Malaysian Education Blueprint 2013-2015 akan ,’focus on developing higher order thinking skills (KBAT)’  dimana “ KBAT will shift learning away from rote memorisation to teaching students to analyse and interpret data and apply information”
Bagi Datin Noor Azimah Abdul Rahim pula, selaku pengerusi Parent Action Group for Education (PAGE) bahawa ‘umpan’ yang diberikan oleh YB Menteri Pelajaran itu tidak menarik. Ini disebebakan, “the main attraction of private schools is an English-medium syllabus that prepares students for overseas universities and colleges’. Beliau selanjutnya berkata, "More English is not enough. You have to teach science and maths in English’. Maknanya pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, sepertimana dasar yang diperkenalkan pada 2003 dan tamat pada 2011 itu patut diteruskan.
Maknanya golongan berada kini seolah-olah mahukan agar sistem persekolahan seperti yang dilakukan pada zaman penjajahan dahulu diperkenalkan. Bahasa Inggeris harus diutamakan. Bagi golongan ini Bahasa Melayu dan Sejarah seolah-olah tidak penting kerana tidak menjamin masa hadapan anak-anak mereka untuk mendapat tempat belajar di pusat pengajian tinggi luar negara. Di sekolah-sekolah antarabangsa di Malaysia, Bahasa Melayu ada diajarkan tetapi ‘layanan’ yang diberikan kepada mata pelajaran berkenaan tentulah tidak seperti ‘layanan’ yang diberikan kepada matapelajaran yang memberikan impak kepada masa hadapan pelajar-pelajar.
Matapelajaran Sejarah ada diajarkan di sekolah-sekolah antarabangsa, namun sejarah yang diajarkan bukanlah merupakan sejarah mengenai negara kita Malaysia. Isi pembelajaran adalah mengenai sejarah Eropah dan sejarah dunia yang boleh memberikan ‘manfaat’ yang lebih kepada pelajar yang mengikuti kursus IGCSE. Lantas pelajar-pelajar yang mengikuti kursus disekolah-sekolah berkenaan  pasti  akan terlepas daripada mempelajari sejarah bangsa dan negara kita. Persoalannya ialah apakah akan lahir sebuah bangsa Malaysia di suatu  hari nanti sekiranya anak-anak yang terdidik di sekolah-sekolah antarabangsa tidak begitu didedahkan dengan sejarah negara kita.
Apakah ibu bapa dari golongan berada ini patut dipersalahkan sekiranya mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah swasta dan sekolah antarabangsa. Tentulah amat tidak adil pula sekiranya mereka dipersalahkan. Sebagai seorang yang berkemampuan, tentulah mereka mahukan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang cukup sempurna. Dan mereka merasakan bahawa sekolah-sekolah kerajaan tidak mampu untuk menyediakan pendidikan sempurna sebagaimana yang mereka harapkan, walaupun pihak kerajaan sentiasa mendakwa bahawa pelajaran dan pengajaran yang disediakan adalah yang terbaik.

Dalam ucapan penganugerahan ijzah kedoktoran kepada beliau di UITM tidak berapa lama dahulu, YBM Tengku Razaleigh Hamzah berkata,’ "I still remember that at one time we were respected and praised in the international arena….At international forums we were often given the task of compiling the overall reports, composing the communiqué, moderating the discussion and the like…..We were given these tasks because of our relative superiority in ability to think and because of our command of English. Lamentably, this is no longer the case," Malaysiakini 10 Mei 2014.

Bagi aku satu kenyataan yang tepat pada masanya dihamburkan. Sudah sampai masanya kerajaan melakukan sesuatu tindakan demi memperbaiki keadaan ini. Sudah terlampau banyak ‘sosek-sosek’ diluar yang mengatakan bahawa sistem pendidikan di negara kita sudah ‘kelam-kabut’. Yang berkata demikian bukan sahaja orang ramai  yang dulu tidak mahu mengambil tahu tentang pendidikan negara, tetapi juga para pesara pendidikan yang amat faham dengan perjalanan sistem pendidikan negara. Mereka ini juga ‘menggelengkan kepala’ apabila memperkatakan mengenai sistem pendidikan negara kini.

Mereka yang prihatin tentang persoalan pendidikan negara ini merasakan bahawa peneraju pendidikan negara kini patut dipersalahkan. Maknanya Menteri Pendidikan sememangnya bertanggungjawab di atas segala kepincangan yang berlaku berkaitan dengan pendidikan negara kini. Seolah-olah mereka merasakan bahawa Menteri Pendidikan sengaja mahu membiarkan generasi yang akan datang dalam keadaan bodoh dan tolol supaya senang pihak pemerintah memperbodohkan mereka dalam apa suasana sekalipun. Kelihatan semacam begitu.

Dalam keghairahan untuk membuat pembaharuan-pembaharuan dalam pendidikan negara, seharusnya pihak berwajib jangan terlepas pandang falsafah dan prinsip yang digariskan dalam Penyata Razak tahun 1956 yang merupakan ‘blueprint’ paling agung bagi bangsa kita. “Bagi Razak, pendidikan bukan sekadar untuk menimba ilmu tetapi merupakan alat untuk mencapai perpaduan negara Justeru, dia mewujudkan sejenis sekolah kebangsaan untuk semua penduduk, tanpa mengira kaum. Walaupun demikian, dia tidak menafikan hak kaum-kaum yang lain untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah Mandarin atau sekolah Tamil pada peringkat rendah…”

Pihak kerajaan harus berhati-hati terutama apabila menangani ‘kerenah-kerenah’ pihak-pihak tertentu.

abuhassanadam

23 Jun 2014

No comments:

Post a Comment