Saturday, June 21, 2014

APABILA ‘SPEAKERS CORNER’ UNIVERSITY MALAYA ‘DIROBOHKAN’.

Aku merasa bertuah dan amat gembira sekali sebagai anak Perak ‘bersultankan’ Sultan Raja Nazrin Shah. Rakyat Malaysia juga pastinya amat gembira mendengar titah ucapan Tuanku yang bertitah, ‘“Do not tell me tales to send me into dreamland when the reality on the ground is something entirely different from what has been related to me…..Hopefully, the members of the Dewan Negara will help me with all sincerity and honesty so that I can discharge my responsibility fairly and equitably,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan Dewan Negara Perak yang dipetik oleh Malaysiakini bertarikh 20 Jun 2014. Pastinya ucapan itu dalam Bahasa Melayu. Aku petik dari sumber Malaysiakini, berbahasa orang putih.

Maknanya Tuanku mahu rakyat, terutamanya pemimpin peringkat pusat dan negeri di Malaysia sentiasa bercakap benar. Jangan tipu-tipu. Jangan belit-belit. Jangan terlampau banyak main politik. Bela rakyat dengan ikhlas. Aku yakin bahawa baginda Sultan bercakap benar dan ikhlas apa yang dititahnya itu. Latar belakang pendidikannya sudah cukup memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa negeri Perak pastinya amat bertuah mempunyai ketua negeri yang menepati erti kata yang sebenarnya.


Sehubungan dengan apa yang dititahkan oleh Sultan Raja Nazrin itu yang mahukan rakyat bercakap benar tentang isu-isu yang berkaitan dengan negara, terdapat pula berita-berita yang memperlihatkan bahawa seolah-olah setengah pihak di Malaysia yang melarang rakyat mendengar berita sahih dan benar, terutama yang melibatkan para pelajar kita samada di pusat pengajian dalam negara atau di luar negara. Semacam bercanggah pula kenyataan Tuanku itu dengan apa yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam negara.

Aku hampir menangis apabila Speakers Corner University Malaya ‘dirobohkan’. Aku tidak tahu siapa yang mengarahkan supaya dirobohkan. Cuma yang aku ingat bahawa Speakers Corner (SC)  yang terletak berhampiran perpustakaan itu sudah tidak berfungsi lagi ketika aku singgah sebentar seketika pada tahun 1975. ‘Pentas’ tempat menyampaikan ucapan masih ada tetapi pokok-pokok yang kebiasaanya menaungi para pendengar sudah ditebang habis. Licin. Lantas sememangnya tujuannya ialah untuk mengelakkan supaya SC tidak berperanan dalam memberikan peluang para pelajar untk mendengar ucapan-ucapan daripada pemidato. Supaya para pelajar terus jadi ‘bangang’ dan ‘tolol’ kerana tidak berpeluang mendengar pendapat yang bertentangan denga hasrat pihak tertentu.

Di Speakers Corner ( Sudut Pidato) inilah para pelajar tahun-tahun 1960an dan awal 70an mengasah bakat mereka untuk berpidato dan menyampaikan pandangan dan fikiran mereka secara bebas sebelum berkuatkuasanya Akta University dan Kolej. Di sinilah lahirnya tokoh-tokoh pemimpin seperti Saudara Anwar Ibrahim dan beberapa orang pemimpin lain. Di pentas inilah mereka mengasah bakat berpidato, menyampaikan hujah tanpa rasa segan dan silu, disamping mempunyai kebebasan bersuara yang sebebasnya.

Aku terbaca satu artikel berjodol, On Freedom of Expression and Campus Speech Codes” yng dipetik dari  majalah  Academe July-August 1992  yang menyatakan,Freedom of thought and expression is essential to any institution of higher learning. Universities and colleges exist not only to transmit existing knowledge. Equally, they interpret, explore, and expand that knowledge by testing the old and proposing the new…..This mission guides learning outside the classroom quite as much as in class, and often inspires vigorous debate on those social, economic, and political issues that arouse the strongest passions. In the process, views will be expressed that may seem to many wrong, distasteful, or offensive. Such is the nature of freedom to sift and winnow ideas”

Lantas teringat aku mengenai pengalaman aku ketika menuntut di Stanford University, Palo Alto, California tidak berapa lama dulu, yang dikatakan sebagai salah sebuah university terkemuka di dunia. Aku masih teringat bahawa kebanyakan pelajaran dan pengajaran yang aku dapati disana adalah hasil daripada interaksi aku dengan para professor di luar bilik darjah. Dan perbincangan yang diadakan adalah dalam suasana bebas dan sebebasnya. Para pelajar diberikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat tanpa takut-takut. Tidak ada undang-undang yang mengawal tajuk isu yang diperbincangkan. Dan aku berkeyakinan benar bahawa itulah satu ‘ramuan’ yang disediakn di Stanford atau pun di Harvard yang membolehkan para pelajar yang dilahirkannya begitu cemerlang. Aku berbangga dan merasa bertuah ‘menikmati’ suasana pembelajaran yang sebegitu.

Malaysia seharusnya melihat dan mencontohi apa yang dilakukan oleh university-university terkemuka dunia supaya keadaan di pusat pengajian tinggi kita dapat diperbaiki. Ramai rakyat Malaysia yang berasa sedih dan pilu mendapat berita yang mengatakan bahawa univeristy-university dan kolej kita tidak tergolong dalam ‘top 100’. Ini merupakan berita sedih dan memilukan. Apakah lagi yang ada pada kita untuk dibanggakan sekiranya tidak dalam lapangan pelajaran.

Lagi menyedihkan ialah apabila univeristy-univeristy di negara-negara jiran kita seperti di Singapore sedang melonjak kemasyhurannya sedang kita semacam ‘tiong’ yang berjalan undur ke belakang. Tentulah amat menyedihakn. Apakah para professor di pusat pengajian tinggi tanah air tidak merasa sedih dengan keadaan sebegini. Apakah tidak ada usaha dari saudara-saudara  professor untuk membetulkan keadaan sedemikian. Ataupun mungkinkah saudara-saudara juga ‘bersetju’ dengan keadaan sedemikian.

Aku terus mengingati kenyataan Edmund Burke yang berbunyi,"All that is necessary for the triumph of evil is that good men do nothing."

abuhassanadam
21 Jun 2014


No comments:

Post a Comment